Friday, September 18, 2020

Sempadan Kariah

 Moga dirahmati Allah...


Di Msia...masjid2 ditadbir oleh Jawatankuasa Kariah Masjid....yakni..satu kariah, satu masjid....atau kalo ada 2 masjid pun...satu masjid adalah diiktiraf sebagai 'gharu jamik'...yakni tak leh buat solat jumaat...

Sedangkan situasi di Tanah Arab....masjidnya dekat2...kalo tak sempat solat Jumaat di masjid berhampiran...bleh menapak pergi ke masjid yg hanya beberapa meter saja....

Persoalannya...

1) Apakah kepentingan sempadan kariah ini??
2) Adakah ia ada saranan dari al-Kitab & al-Hadis mengenai perkara ini???
3) Boleh tuan panel berikan beberapa pandangan ulamak mengenai perkara ini???

Sekian, terima kasih..

:wassalam


*****************************
Postby al-jawhar »
:salam

Segala puji bagi Allah Swt dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Insya Allah akan kami jawab sekadar kemampuan yang ada.

Sebenarnya persoalan kariah ini adalah berkait rapat dengan keperluan pembinaan masjid dalam sesuatu kawasan.
Pihak kerajaan menetapkan satu masjid untuk satu kariah atas dasar untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dan kekurangan jamaah ketika menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Pada asasnya , pembinaan sesebuah masjid itu mestilah atas sebab2 berikut :

1. Pembinaannya berdasarkan keperluan yang mendesak ,seperti kawasan tersebut terlalu ramai penduduk sehingga menyebabkan masjid yang sedia ada tidak dapat menampung.Sebab itu di tanah arab , banyak masjid yang dibina berdekatan.Ini kerana penduduk pada sesuatu kawasan tersebut padat dan ramai.

2. Pembinaannya bukanlah bertujuan untuk memecah belahkan umat islam , sepertimana pembinaan Masjid Dhirar oleh golongan munafik yang bertujuan menghalang umat Islam menunaikan solat dan menghadiri majlis Ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

3. Pembinaannya tidak membawa kepada suatu pembaziran.Ini kerana pembinaan masjid yang banyak pada sesuatu kawasan sedangkan ahli jamaahnya terlampau sedikit adalah satu perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah.Malah tidak mustahil masjid2 yang kosong ini akan dicemari oleh ternakan dan menjadi sarang-sarang penagih dsb.

Maka berdasarkan kepada penerangan di atas , menyebabkan pihak pemerintah membuat persempadanan dalam sesuatu kariah atau kawasan.Pendek kata , pembinaan masjid dalam Islam memerlukan kepada perancangan rapid an mengambil kira keperluan setempat berdasarkan batas-batas yang dibenarkan syarak.

WA

Ruj :
Himpunan Isu-Isu Feqah Terpilih , Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. 

Masjid dan Iktikaf

 Salam,


Soalan saya mengenai dimanakah yang dikira kawasan masjid yang disana jika kita beriktikaf kita beroleh pahala iktikaf?

Ada sesetengah masjid yang terdapat ruangan luar yang terpisah dengan bahagian dalam oleh dinding,pintu n tingkap adakah kawasan luar itu dikira masjid juga?Adakah boleh beriktikaf disana?

Adakah boleh kita tidur dalam masa beriktikaf dimasjid?Bukankah tujuan iktikaf ialah untuk shalat,zikir n baca quran..

Mengenai tahyatul masjid..Perlukah kita untuk kita shalat sunat ini sekiranya memang kita berada dalam masjid n kita ke tandas n masuk semula ke masjid?Dalam hal ini tandas juga terdapat di dalam kawasan masjid..Ini berkaitan juga dengan dimanakah yang dikatakan sempadan masjid itu..

Bagaimana sekiranya kita beriktikaf di sesebuah masjid tanpa kebenaran pihak pengurusan masjid?Adakah dikira haram perbuatan kita tu?

Bagaimana kita hendak mempastikan yang kita tidak tergolong dalam orang-orang yang ingkar sunnah sebab sering kita terasa yang kita ingkar sunnah apabila mendengar sindiran didalam ceramah tapi bila dihalusi di periksa semula kelakuankita, kita tidak melakukan keingkaran cumanya hati tak senang mendengar perkataan ingkar sunnah seperti terpukul kepada kita je walaupun hakikatnya tidak...Bantu jelaskan n leraikan masalah saya ni...

Guest


****************************
Postby al-jawhar »
:salam

Al-hamdulillah , Segala puji bagi Allah dan Rasul SAW.Insya Allah kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan.

Ringkasnya , Menurut pendapat mazhab Hanafi , Maliki dan Hanbali , bahawa kawasan sekeliling masjid yang dibina untuk diperluaskan atau dibesarkan dan terdapat batasan-batasannya seperti dinding , tingkap dan sebagainya tidak dikira sebagai kawasan masjid.

Abu Ya’la menyebut bahawa ia termasuk dalam kawasan masjid.Malah Mazhab Imam Syafie juga berpendapat bahawa tapak masjid dan kawasan sekelilingnya yang ditambah sebagai perluasan juga dikira temasuk sebagai masjid serta SAH iktikaf di kawasan tersebut.(al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah : jilid 5 , m/s : 225)

Syaikh Abd Aziz bin Baz r.h berkata :

“Tapak halaman masjid yang luas boleh dianggap sebagai masjid.Ia sama hukumnya dengan Masjid.Sementara tapak halaman masjid yang berada diluar lingkungan masjid tidak termasuk bahagian masjid dan tidak sama hukumnya dengan masjid.” (Majallah al-Buhuts al-Islamiyyah : jilid 59 , m/s :81)

Bagaimana sekiranya kita beriktikaf di sesebuah masjid tanpa kebenaran pihak pengurusan masjid?Adakah dikira haram perbuatan kita tu?

Kita dibolehkan untuk beriktikaf di mana-mana masjid dengan tujuan untuk beribadah atau bertaqarrub kepada Allah swt…. Selain itu diwajibkan kepada kita untuk menjaga tingkah laku dan adab-adab dalam masjid sesuai dengan status kita yang menjadi tetamu di Rumah Allah Azza Wajalla..Allahu A’alam.

Bagaimana kita hendak mempastikan yang kita tidak tergolong dalam orang-orang yang ingkar sunnah sebab sering kita terasa yang kita ingkar sunnah apabila mendengar sindiran didalam ceramah tapi bila dihalusi di periksa semula kelakuankita, kita tidak melakukan keingkaran cumanya hati tak senang mendengar perkataan ingkar sunnah seperti terpukul kepada kita je walaupun hakikatnya tidak.

Mengenai dengan masalah ingkar sunnah . Usahalah kepada yang terbaik dalam mengamalkan sunnah Rasulullah saw.Bila mana kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang ingkar sunnah , maka tidak perlulah kita merasa seperti orang yang ingkar sunnah sehingga menyebabkan kita ditalbis oleh iblis dengan membenci atau memusuhi penceramah tersebut….Allahu A’alam.

WA 

Solat 40 Waktu Di Masjid Nabawi

 Adakah wujudnya dalil mengenai solat 40 waktu di Masjid Nabawi Madinah. Minta penjelasan.



***********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada InSyaAllah.

Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-

من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة كتبت له براءة من النار ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق
"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad].

Hadith ini dipertikaikan statusnya. Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi meriwayatkan sebahagiannya. Hadith ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad, dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah.

Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad adalah sangat sahih.

Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berpendapat hadith ini lemah (Dhaif), ia masih lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal. Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam melakukannya. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadith) yang bukan PALSU, InSyaAllah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadith.

Menurut ulama', latihan 40 waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan Solat berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air masing-masing. (Lihat buku Madinah Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul Rahman). Umat Islam digalakkan banyak melakukan solat di Masjid Nabi sebagaimana hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid al-Haram.

Disana, terdapat sebuah hadith yang statusnya HASAN mengenai kelebihan bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadith dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق
"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmudzi].

Hadith diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).

Kesimpulannya, adalah sangat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi :saw, dimana ganjarannya adalah 1000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai "kelebihan amal" dan hadith tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya. Amalan 40 waktu ini diharap dapat membentuk sikap cintakan solat berjemaah di masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di Masjid Nabawi. WA.

Sekian, wassalam 

Jadi Imam Tapi Suka Bahan Lucah Internet

 Saya ada persoalan..ditempat kerja saya ada seorang individu yang selalunya apabila masuk waktu solat akan menjadi IMAM , dan saya pun selalu berimamkan beliau. Tetapi baru-baru ini saya ternampak yang dia ni selalu melayari web dengan tujuan untuk mencari bahan-bahan lucah....tak pasti untuk apa.

Macamana status dia yg selalu jadi IMAM solat ?? perlu ke saya menjadi makmum apabila dia jadi IMAM ???
Bagaimana pulak dengan makmum yang lain ??

Mohon nasihat...

Wassalam



Dan moderator tu ada bagi jawapan :

Al-Nawawi menyebut dalam al-Majmuk (4/151) :

“Solat Ibn Umar dibelakang al-Hajjaj bin Yusuf sabit dalam sahih al-Bukhari dan selainnya dalam hadis sahih banyak hadis-hadis menunjukkan sah solat dibelakang orang fasiq atau imam yang zalim”.

soaljawab.wordpress.co...uk-akhlak/

Sila baca link di bawah untuk membaca huraian dan hujah-hujah bolehnye menjadi makmum kepada orang yang buruk akhlaknya
http://www.cahayasalaf.co.cc/...-ahli.html



saya ada bagi jawapan bahawa orang yang ada kufur di dalam hati mereka tidak layak memakmurkan rumah ALLAH Taala. Dan perkara ini tidak boleh diambil mudah. lebih kurang begitu.

Lepas tu terus kene baned.
so mintak ahli panel boleh bagi jawapan akan hal ini.

ALLAHU A'lam
Insya ALLAH
MAHA SUCI ALLAH


**************************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Permasalahan ini perlu di lihat dari pelbagai sudut. Dari kacamata fiqh, ulama’ khilaf mengenai kesahihan solat tersebut. Menurut Ibn Taimiyah rh.,

“para Imam-imam Mazhab bersependapat bahawa adalah tidak disukai (makruh) bersolat dibelakang orang yang Fasik, akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai kesahihan solat tersebut. Ada yang berkata : TIDAK SAH, sebagaimana qaul Malik dan Ahmad didalam salah satu dari dua riwayat mereka. Ada yang berkata SAH, sebagaimana qaul Abu Hanifah dan al-Syafie, dan riwayat yang lain dari mereka berdua (Malik dan Ahmad). Akan tetapi mereka bersetuju mengenai hakikat orang yang sedemikan tidak boleh di lantik (menjadi Imam)” [Majmu’ Fataawa , 23/358].

Ada dikalangan Ulama’ berpendapat bahawa, seseorang yang melakukan DOSA, tidak seharusnya diambil sebagai Imam, akan tetapi jika dia telah diberi kedudukan yang sedemikian, maka solat dibelakangnya adalah sah, kerana kemungkinan mereka itu sedang diuji, atau mereka di paksa bersolat dibelakangnya. Akan tetapi, jika Imam tersebut melakukan perkara syirik, seperti meminta pertolongan orang yang telah mati, maka TIDAK boleh bersolat dibelakangnya. [Majmu’ Fataawa Ibn Baaz, 9/278].

Didalam keadaan atau situasi yang mana seseorang itu mempunyai pilihan, atau mengetahui akan keburukan Imam tersebut, Syeikh Abdullah Ibn Jibrin rh mengatakan “Kami fikir lebih baik dia bersolat bersendirian. Asas utama ialah seseorang Fasik tidak boleh mengetuai solat, dan adalah Makruh bersolat dibelakangnya”.

Pandangan-pandangan tadi merujuk kepada hukum fiqh berkenaan dengan berImamkan orang Fasik. Namum demikian, ada beberapa perkara yang perlukan dilakukan agar isu itu tidak berpanjangan.

- cuba tegur dia mengenai perbuatan tersebut, atau jika tidak mampu, gunakan mereka yang lebih tua dan alim ilmunya untuk menegur beliau

- lakukan komplen kepada pihak yang berkuasa, AJK Surau, agar melantik Imam yang diketahui baik akhlaknya.

- Jika ada keupayaan tanpa mencetuskan sebarang kekecuhan, halang beliau dari menjadi Imam. Nabi :saw pernah menahan seseorang dari menjadi Imam kerana dia pernah mengimami solat dan meludah mengadap kiblat. Nabi :saw mengatakan : anda telah menghina Allah dan Rasul {sebagai riwayat Abu Daud].

- jika tidak boleh melakukan sedemikian juga, hindarkan diri dari bersolat dibelakangnya, sebagai tanda protes. Jika terdapat mushalla, surau atau masjid yang berdekatan, maka bersolatlah disana.

Disana ada hadith dimana Nabi :saw bersabda :

ثَلَاثَةٌ لَا تُجَاوِزُ صَلَاتُهُمْ آذَانَهُمْ : الْعَبْدُ الْآبِقُ حَتَّى يَرْجِعَ ، وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ ، وَإِمَامُ قَوْمٍ وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ
“Ada tiga golongan dimana solat mereka tidak pergi jauh dari sekitar telinga mereka, seseorang hamba yang lari sehingga dia pulang, seorang wanita dimana suaminya masih marah dengannya semalaman, dan Imam yang dibenci oleh kaumnya” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].

Sekian, wassalam 

Khatib Minum Air Ketika Khutbah Jumaat

 salam


Adakah dibenarkan si khatib minum air atau makan 'lapis perut' di atas mimbar?yakni berhenti seketika utk minum atau makan ketika sedang berkhutbah..

apakah akibat daripada perbuatan tersebut??...khutbah jumaat tak sah??...kena khutbah sekali lagi??atau arahkan ahli jemaah ganti/qadho solat zohor pada hari lain kalo telah diteruskan khutbah dan solat jumaat pada hari itu..???...

mohon pencerahan dari sumber 4 mazhab dan pandangan yg asah...

t.kasih... :wassalam


*****************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Kebanyakkan Ulama’ moden menyatakan bahawa tidak menjadi masalah bagi Imam untuk meneguk air semasa menyampai khutbah Jumaat. Didalam kitab al-Majmu’, Imam al-Nawawi rh menjelaskan bahawa : “adalah makruh kepada sesiapa yang minum air sebab suka-suka, dan Tidak menjadi masalah minum air kerana kehausan kepada Makmum dan juga Khatib, ini adalah padangan mazhab kami . Berkata Ibn Munzir : Ia adalah ruhsah didalam perbuatan minum menurut pandangan Thawus, Mujahid, Syafie. Perbuatan tersebut ditegah oleh Mazhab Malik, ‘Auzaie dan Ahmad. Berkata Auzaie : BATAL Jumaat jika Imam yang berkhutbah minum….”.

Didalam syarah Fath al-Qadir menjelaskan bahawa Mazhab Hanafi dan Maliki mengharamkan makan dan minum sewaktu khutbah. Didalam Hasyiah ‘Adawi, sebuah kitab Mazhab Maliki ada menyatakan bahawa adalah dilarang apa-apa yang bertentangan dengan perbuatan mendengar Khutbah, jika perbuatan mendengar bertukar kepada makan, minum, mengerak-gerakkan kertas atau pakaian, membuka pintu, atau mengerakkan tasbih atau pun membaca nota.

Didalam forum Multaqa Ahl Hadith, Syiekh Ayman al-Khalid ada menyebut bahawa meminum air tidak menjadi masalah bagi Imam, kerana mereka yang diarahkan untuk mendengar dan dilarang untuk tidak lalai darinya adalah mereka yang mendengar khutbah (iaitu makmum & bukan Imam). Lebih-lebih lagi jika ia diperlukan [oleh Imam, kerana kehausan, kering tekak, dsb]. WA.

Sekian, wassalam

Bacaan lanjut : http://www.islamweb.net/ver2/fatwa/Show ... on=FatwaId 

Immarah Masjid

 Moga dirahmati Allah...


Dalam surah at-Taubah-18 disebut tentang i'marah masjid atau memakmurkan masjid....sering diperkatakan...'hanya orang yg sering ke masjid saja yg mampu mentadbir masjid'....

Boleh dapatkan pencerahan....

1) adakah i'marah itu bermaksud mentadbir?
2) adakah pentadbir masjid dikategorikan jugak sbg pengi'marah masjid?
3) apakah kreateria pentadbir dan pengi'marah masjid?.

T.kasih.

:wassalam


****************************
Postby albaruhiyy »

ألسلام عليكم ورحمة اللة
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وبعد

Dalam fatwa al-Azhar 9/170 : “Imarah masjid ialah dimaksudkan mendirikannya, membersihkannya, memberi perkhidmatan kepadanya dan selain daripada itu untuk tujuan ibadat”.

Firman Allah Taala surah al-Nur 36:

فى بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه
Maksudnya :(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya;

Masyarakat Arab Jahiliyyah dahulu mengimarahkan masjidil haram dengan khidmat, memberi minum kepada jmeaah haji dan mereka yakin mereka melaksanakan tugas iman besar.

Walhal apa yang mereka lakukan hanyalah imarah dari sudut binaan/fizikal/luaran sahaja. Mereka tidak mengimarahkan dari sudut roh/makna/tujuan masjid tersebut dibina. Sebab itu Allah berfirman dalam surah al-taubah 19

{أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الاخر وجاهد فى سبيل الله لا يستوون عند الله واللّه لا يهدى القوم الظالمين }
Maksudnya : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang Yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.

Maka, maksud mengimarahkan masjid yang sebenar dikehendaki ialah berulang alik ke masjid, mendirikan solat Jemaah, Iktikaf dan lain-lain kegiatan agama spt ceramh, kuliah dan sbgnya. Inilah difirmankan Allah Taala dalam al-Taubah 18 :

إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين

18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.

Oleh itu, berbalik kepada soalan saudara :

1) adakah i'marah itu bermaksud mentadbir
Imarah bukan setakat mentadbir, tetapi lebih kepada menghidupkan masjid dengan tujuan pembinaannya.

2) adakah pentadbir masjid dikategorikan jugak sbg pengi'marah masjid?
Ya, sekiranya ia juga diantara orang yang sentiasa berulang alik menghidupkan masjid tersebut. Bukan hanya sebagai ahlijawatankuasa sahaja sedangkan tidak pernah datang ke masjid.

3) apakah kreateria pentadbir dan pengi'marah masjid?.
Mereka yang menghidupkan masjid tersebut dengan kegiatan-kegiatan agama di samping mempunyai sifat jujur, amanah, takwa dan benar.

:aklam

Bagaimana Cara Duduk Tasyahud Bagi Masbuq

 salam


1- Kalau saya solat masbuq, katalah masuk pada rakaat ke -2 pada Zuhur, macam mana cara duduk pada rakaat akhir? Adakah duduk tawarruk - punggung cecah lantai atau iftirasy - punggung pada kaki kiri?

Bolehkah saya duduk tawarruk sedangkan saya masbuq sedangkan standby untuk cukupkan rakaat selepas salam.

2- Sekiranya saya masuk pada rakaat akhir solat, dan disebabkan di saf belakang mungkin kesemuanya masbuq - dan mereka duduk iftirasy, menyebabkan saya menyangka imam pada rakaat ke-2 (katakan Zuhur), bagaimana bacaan tahiyyat yg saya patut baca.. sebab beza bacaan tasyahud awal dan akhir ialah pada selawat pada keluarga nabi dan ke atas. Boleh ke baca selawat pada keluarga Nabi pada rakaat awal (sebab takut dikira menambah).

*********************************
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Bagi masbuq, apabila imam duduk pada rakaat akhir, cara duduk bagi makmum masbuq ialah duduk iftirasy. Kerana duduk tawarruk hanya pada rakaat terakhir. Sedangkan ketika imam duduk tasyahhud akhir, masbuq masih bukan pada duduk tasyahhud akhir.

Kata Bujairimi:

"Keseluruhan cara duduk iftirasy ialah enam tempat, iaitu:

- duduk antara dua sujud
- duduk tasyahhud awal
- duduk istirahah
- duduk makmum masbuq
- duduk orang yang ada sujud sahwi
- duduk orang yang bersolat secara duduk".

Tetapi jika duduk tawarruk, tidak menjejaskan kerana ia hanya sunah hai'ah yang tidak membatalkan sembahyang.

2. Bacaan tasyahhud bagi masbuq juga adalah bacaan tasyahhud awal. Tetapi jika selesai membacanya dan imam masih belum memberi salam, ada ulama menyatakan sunat membaca tasyahhud hingga habis (seperti tasyahhud akhir).

Wallahu A'lam. 

Fatwa Lajnah Daimmah Mengenai Makmum Baca Fatihah

 Assalamualaikum


Majlis Fatwa, Lajnah Daimmah Arab Saudi telah di tanya berkenaan adakah perlu bacaan al-Fatihah dalam solat jahr berjamaah? jawab Majlis Fatwa:

nombor fatwa: 5232

ketua Mufti: as-Syaikh Abdul Aziz bin Baaz (rahimahullah)

-----------------------------

ج: الصحيح من أقوال العلماء وجوب قراءة الفاتحة في الصلاة على المنفرد والإمام والمأموم في الصلاة الجهرية والسرية لصحة الأدلة الدالة على ذلك وخصوصها. وأما قوله تعالى: { وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ } (1) فعامٌّ، وكذلك قول النبي صلى الله عليه وسلم: « وإذا قرأ فأنصتوا » عام في الفاتحة وغيرها. فيخصصان بحديث: « لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب » جمعًا بين الأدلة الثابتة، وأما حديث: « من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة » فضعيف ولا يصح ما يقال من أن تأمين المأمومين على قراءة الإمام الفاتحة يقوم مقام قراءتهم الفاتحة.
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.
اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

عضو // عضو // نائب رئيس اللجنة // الرئيس //

عبد الله بن قعود // عبد الله بن غديان // عبد الرزاق عفيفي // عبد العزيز بن عبد الله بن باز //

رقم (5232)

_________
Terjemahan:

Yang sahih/benar/rajih di antara pendapat ulama adalah wajib membaca al-Fatihah dalam solat bagi munfarid (solat seorang diri),bagi imam dan bagi makmun, baik solat jahriyah ataupun sirriyah, karana kebenaran dalil yang (menguatkan) akan hal itu dan dalil yang mengkhususkannya.

Adapun firman Allah:

وإذا قُرِئ القرآن فاستمعوا له وانصتوا لعلكم ترحمون ) الأعراف
/204

“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. (QS. Al-A’raf: 204)

Adalah bersifat umum, begitu juga sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam :

وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا )

“Kalau (imam) membaca, maka hendaknya kalian diam”.

Juga bersifat umum, (mencakup) bacaan al-Fatihah dan lainnya. (kemudian keumuman dalil ini) dikhususkan dengan hadith:

لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ رواه البخاري، الأذان/714

“Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (al-Fatihah)." , untuk mengkompromikan/gabungkan dalil-dalil yang ada.

Adapun hadits :

(من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة )

"Siapa mengikuti imam (dalam solat), maka bacaan imam adalah bacaan baginya." adalah hadith lemah.

Juga tidak dibenarkan pendapat yang mengatakan bahwa ucapan “amin” bagi makmum terhadap bacaan imam dari surah al-Fatihah dapat menggantikan bacaan al-Fatihah.

wallah hu'alam

Jualan Di Kawasan Masjid Waktu Solat Jumaat

 Assalamualaikum


saya ingin mendapatkan pandangan warga AFN sekalian berkenaan dengan
hukum menjual makanan "nasi beriyani hatta sewaktu dengannya" di dalam kawasan masjid pada waktu solat jumaat...

di tempat saya bersolat jumaat "masjid bandar utama" kebiasaannya menjual nasi berlauk di dalam kawasan masjid, dekat dengan tempat ambil wudu'...

bolehkah macam ni? sebab Doc Maza pernah menyatakan tentang larangan berniaga di dalam masjid.. No1

Jazakallah

___________________________________
www.zaharuddin.net/bah...umaat.html

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,