Sehubungan dengan solat berjemaah.
>
> 1) Ada sebarisan wanita dewasa sudah siap untuk solat berjemaah.
> Salah seorang dari mereka lalu menghimpunkan kanak2 perempuan yang
> belum baligh di sof belakang wanita dewasa, sengaja meninggalkan
> ruang kosong di kiri kanan sof wanita dewasa, dengan tujuan supaya
> bila datang jemaah dewasa masbuk, dapatlah mereka masuk ke sof
> wanita dewasa di kanan atau kiri itu. Tiba2 seorang jemaah wanita
> lain mengarahkan supaya kanak2 itu solat di hujung sof wanita
dewasa
> sambil mengatakan "boleh". Ternyata, sewaktu semua sedang solat,
> ada 2-3 jemaah wanita dewasa masuk ke sof wanita dewasa disebelah
> deretan kanak2 perempuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply//wsm
ma'af ana kesibukan hari ini. meeting.
Hal-hal begini tidak dirincikan oleh nas. Hanya ada satu hadis
Jama'ah (kecuali alBukhari) dari Abu Hurayra ra,
"sebaik-baik saf kaum lelaki yang paling hadapan dan sebaik-baik saf
perempuan ialah yang paling belakang. seburuk-buruk saf lelaki yang
paling akhir dan seburuk-buruk saf perempuan ialah yang paling
hadapan." (sahih Muslim: 440]
susunan mengikut rincian madzhab ialah:
Hanbali-Syafi'iy dan Hanafi ialah :
lelaki dewasa
kanak2 lelaki
perempuan dewasa
kanak-kanak perempuan
Kata Mufti Syaikh Baz rh, ini adalah susunan ketika permulaan solat.
Jika saf tidak penuh (atau makmum kurang yang datang), maka tidak
mengapa diisi saf itu bercampur dgn kanak2 yg sudah nalar (ada akal
fikiran) maksudnya kanak2 yg sudah mengerti agama sedikit sebanyak.
sebagai motivasi kepada mereka kerana datang awal ke mesjid dan
menyukai mereka kerana diterima oleh orang dewasa.
Maka tindakan seorang jama;ah wanita itu adalah benar.
[Majmu' Fatawa syaikh Baz, Jld 4/416 (tahqeeq athThayyar)]
No comments:
Post a Comment